Saturday, October 16, 2010

Ulasan artikel yang bertajuk: Mencari dinamik politik kampus

 NOR LAILATUL AKMA BINTI ZULKIFLI

SBLM 1023 (PENGANTAR PENULISAN)

PERENGGANAN

a)Ayat tesis
 Fonemena "the angry young man" atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia. Fenomena ini menyaksikan bagaimana golongan muda yang vokal dan lantang dalam menyatakan pendirian mereka. Tindakan secara agresif dalam menyuarakan pandangan ini juga memperlihatkan sifat mereka yang idealis. Hal ini juga dibantu dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang mereka peroleh.

b)Ayat topik
 Sudut Pidato yang kini dibenarkan semula perlaksanaanya di semua kampus adalah gelanggang perdana kepada pelajar untuk menyatakan pandangan terhadap sesuatu isu.

c)(1) Perenggan deduktif
  Kewujudan pelajar yang lantang bersuara sememangnya tidak dapat dinafikan. Sebagai entiti yang bebas
 dan tidak terikat dengan mana-mana pihak, pernyataan suara dan pandangan mereka sentiasa kedengaran     melewati pelbagai isu sehingga menyetuh soal kepimpinan negara.

  (2)  Perenggan induktif
 Dalam hal ini, sukar kita membayangkan pemilihan MPP tanpa suara lantang daripada pelajar. Bagaimanapun, kelantangan itu tidaklah sampai ke tahap pertembungan yang boleh mengancam keselamatan awam apatah lagi negara. Yang ada hanyalah pertembungan idea dan pemikiran.


  (3)   Perenggan deduktif kompleks
 Bagaimanapun, saya percaya pelaksanaan pemilihan MPP boleh diperkemaskan dari semasa ke semasa supaya ia mencapai kualiti yang tidak boleh diragui. pihak Universiti wajar mengambil iktibar dan mengambil jalan untuk memperbaiki kelemahan jika ada. Sepertu pandangan Timbalan Perdana Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah bahawa proses demokrasi di kampus, misalnya wajar menjadi contoh kepada pilihan raya umum kerana ia berlangsung dalam "gedung ilmu". Kualiti pemilihan MPP jelasnya mesti tidak boleh rendah daripada pilihan raya umum.

(D) Perenggag Pengenalan -(teknik yang digunakan)
     (Menggunakan Anologi)
   
 Fenomena "the angry young man" atau golongan muda yang marah-marah adalah satu fenomena yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia. Fenomena ini menyaksikan bagaimana golongan muda yang vokal dan lantang dalam menyatakan pendirian mereka. Tindakan secara agresif dalam menyuarakan pandangan ini juga memperlihatkan sifat mereka yang idealis. Hal ini juga dibantu dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang mereka peroleh.
 

(E)   Perenggan penutup

Perpecahan di kalangan pelejar sebelum, menjelang, dan pasca pemilihan MPP wajar diperbaiki, meskipun perbezaan pandangan itu lumrah dan perlu diraikan, pelajar harus tahu dimana mereka harus bersatu. Pertikaian yang berpanjangan tidak akan membawa mereka ke mana-mana. Kepada ahli MPP yang berjaya, dan diamanahkan, penuhilah kepercayaan itu sebagai taklif iaitu tanggungjawab yang perlu ditunaikan dan bukannya tasrif atau glamor yang gemerlapan. Jawatan bukannya alasan untuk bermegah-megah jauh sekali menggunakannya untuk kepentingan peribadi.

 (F)  Perenggan transisi

Tiada dalam catatan.

 (G)  Perenggan dialog

Seperti kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pelaksanaan e-undi sewajarnya tidak boleh dipertikaikan terutama dalam era ledakan maklumat dari penggunaan teknologi. Apa yang penting jelasnya, kepercayaan pelejar terhadap sistem yang dilaksanakan. Tegas beliau, apa jua sistem yang terbaik di dunia jika tidak didukung dengan keyakinan , ia pasti mengundang masalah.

 (H) Tiga ciri perenggan yang baik.

(1) Kepautan.

Selain itu, Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang diadakan setiap tahun boleh menjadi contoh terbaik bagaimana pertembungan idea dan pemikiran wujud meskipun ia berlaku dalam keadaan terkawal. Perbezaan pandangan dan hujah dalam saingan untuk meraih sokongan misalnya adalah sebahagian daripada rutin menarik yang mewarnai pemilihan MPP saban tahun.

(2) Kejelasan

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sendiri bersedia menerima apa jua pandangan bagi memantapkan pelaksanaan pemilihan MPP. Menteri juga sudah menyatakan kesediaanya untuk menerima mana-mana memorandum daripada pelajar asalkan ia dikemukakan dengan tertib dan aman.

(3) Kesatuan

Kementerian memandang serius pelaksanaan pemilihan MPP kerana ia adalah satu proses demokrasi yang sewajarnya memberi pengalaman politik yang terbaik sebelum pelajar melangkah keluar. Disinilah mereka didedahkan dengan elemen penting dalam proses demokrasi seperti kebebasan bersuara dan kuasa untuk memilih pemimpin. Pendidikan demokrasi seperti ini harus ditanam dan dilestarikan supaya pelajar boleh menjadi warganegara yang baik, bertanggungjawab dan budiman. Lebih penting, mereka menghormati, mempercayai dan menghargai demokrasi itu sendiri.

(I) Teknik menstruktur idea

(1) Teknik proses

Pemilihan MPP pada kali ini yang dilangsungkan di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) nampaknya sudah berakhir. Apa yang menarik, pemilihan pada kali ini disifatkan "panas" kerana isu pelaksanaan e-undi di Universiti Malaya (UM). E-undi sebelum ini sudah dilaksanakan di kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

(2) Teknik sebab dan akibat 

Mungkin sedikit mengecewakan ialah pemilihan MPP kali ini masih menyaksikan label diberikan kepada calon yang bertanding . Label seperti proaspirasi dan promahasiswa sebenarnya tidak banyak membantu kepada perkembangan pendidikan politik kepada pelajar. Sebaliknya, ia hanya menambahkan lagi tahap polarisasi di kalangan pelajar di kampus. Jika sebelum ini pelajar dikatakan bersosial dalam lingkungan rakan etnik yang sama sahaja, label seperti proaspirasi dan promahasiswa ini dikhuatiti menjarakkan lagi rantaian sosial antara mereka.

(3) Teknik perbandingan

Kepada ahli MPP yang berjaya, dan diamanahkan, penuhilah kepercayaan itu sebagai satu taklif iaitu tanggungjawab yang perlu ditunaikan dan bukannya tasrif atau glamor yang gemerlapan. Jawatan bukanya alasan untuk bermegah-megah jauh sekali menggunakanya untuk kepentingan peribadi. Pada mereka yang kurang bernasib baik, kegagalan bukanlah penutup kepada perjuangan untuk membela kebajikan pelajar atau apa jua yang terkandung dalam manifesto. Tanpa jawatan, mereka juga boleh menyumbang.  

Wednesday, August 4, 2010

Kehidupan

Hidup ini umpama roda
kadang-kadang kita di atas
kadang-kadang kita di bawah
tapi sejauh manakah kita
mampu memandu kehidupan ini dengan baik
segalanya terletak di tangan kita
antara jalan yang berliku-liku
yang penuh dengan keduniaan
walau hidup dalam cahaya Ilahi
tapi pernahkan kita sedar
kadang-kadang kita alpa semua ini
hanya kerana keduniaan
jiwa kita sepatutnya tulus dan mulus
di dalam dunia ini
kita hidup di bawah Hidayah Allah
sebagai hamba-Nya
kita patut bersyukur
dan sentiasa bersujud kepadanya






1. Bersifat imaginatif dan figuratif (umpama roda)
2. Bersifat komunikatif (Tapi sejauh manakah kita)
3. Menggunakan ragam aktif (hambanya)
4. Menggunakan bahasa kiasan (Jiwa kita sepatutnya tulus dan mulus)
5. Bernada puitis (bersujud)



    ULASAN FILEM:  SYURGA CINTA


Cerita ini mengisahkan erti sebuah cinta yang tulus suci antara dua insan.  Irham, berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Seri Zakaria dan Puan Seri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi.  Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya.  Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat.  Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika berjalan di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham.  Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis diinginkannya.  Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh.  Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis begini.  Gadis tersebut ialah Syuhada, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati.  Dapatkah Irham memikat gadis ini? Saksikanlah filem ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi.

Tidak perlu saya jelaskan dengan secara terperinci.  Semua kaum serta rakyat Malaysia dijemput menonton filem ini bagi menghayati jalan cerita yang akan ditayangkan di seluruh pawagan.  Paling saya suka permainan kamera ialah kerja-kerja lampu yang mana Awal Ashaari membawa watak sebagai Irham ingin memohon kemaafan di atas kesilapannya Syuhada dengan menggunakan cahaya lampu yang begitu menarik dan terserlah dalam pengakhiran cerita ini.

Saya sangat meminati filem ini kerana Ahmad Idham dan David Teo merupakan pengarah dan penerbit filem ini.  Tahap persembahan Awal Ashaari menjiwai watak sebagai Irham kerana membuatkan penonton tersentuh hati contohnya ketika berada dalam situasi kekeliruan tanpa pegangan agama terhadap dirinya sendiri.

Filem ini wajar ditonton kerana pelakon-pelakon dapat membawa watak dengan baik.  Selain itu, terdapat beberapa nilai-nilai moral yang dapat disampaikan oleh para penonton.  Jalan cerita ini berjaya membawa mesej yang baik kepada penonton.