Wednesday, August 4, 2010

Kehidupan

Hidup ini umpama roda
kadang-kadang kita di atas
kadang-kadang kita di bawah
tapi sejauh manakah kita
mampu memandu kehidupan ini dengan baik
segalanya terletak di tangan kita
antara jalan yang berliku-liku
yang penuh dengan keduniaan
walau hidup dalam cahaya Ilahi
tapi pernahkan kita sedar
kadang-kadang kita alpa semua ini
hanya kerana keduniaan
jiwa kita sepatutnya tulus dan mulus
di dalam dunia ini
kita hidup di bawah Hidayah Allah
sebagai hamba-Nya
kita patut bersyukur
dan sentiasa bersujud kepadanya






1. Bersifat imaginatif dan figuratif (umpama roda)
2. Bersifat komunikatif (Tapi sejauh manakah kita)
3. Menggunakan ragam aktif (hambanya)
4. Menggunakan bahasa kiasan (Jiwa kita sepatutnya tulus dan mulus)
5. Bernada puitis (bersujud)



    ULASAN FILEM:  SYURGA CINTA


Cerita ini mengisahkan erti sebuah cinta yang tulus suci antara dua insan.  Irham, berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Seri Zakaria dan Puan Seri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi.  Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya.  Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat.  Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika berjalan di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham.  Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis diinginkannya.  Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh.  Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis begini.  Gadis tersebut ialah Syuhada, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati.  Dapatkah Irham memikat gadis ini? Saksikanlah filem ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi.

Tidak perlu saya jelaskan dengan secara terperinci.  Semua kaum serta rakyat Malaysia dijemput menonton filem ini bagi menghayati jalan cerita yang akan ditayangkan di seluruh pawagan.  Paling saya suka permainan kamera ialah kerja-kerja lampu yang mana Awal Ashaari membawa watak sebagai Irham ingin memohon kemaafan di atas kesilapannya Syuhada dengan menggunakan cahaya lampu yang begitu menarik dan terserlah dalam pengakhiran cerita ini.

Saya sangat meminati filem ini kerana Ahmad Idham dan David Teo merupakan pengarah dan penerbit filem ini.  Tahap persembahan Awal Ashaari menjiwai watak sebagai Irham kerana membuatkan penonton tersentuh hati contohnya ketika berada dalam situasi kekeliruan tanpa pegangan agama terhadap dirinya sendiri.

Filem ini wajar ditonton kerana pelakon-pelakon dapat membawa watak dengan baik.  Selain itu, terdapat beberapa nilai-nilai moral yang dapat disampaikan oleh para penonton.  Jalan cerita ini berjaya membawa mesej yang baik kepada penonton.